Sunday, 22 April 2012

antenna


salam and hi readers,
nak update something yang educated sket.
hasil dari lab a few days ago.
have fun !



ni horn antenna
another horn antenna

half dipole antenna

Thursday, 5 April 2012

sekolah kehidupan

assalamualaikum

apa yang dibaca,kita kongsi bersama.



jangan berputus asa apabila pengakhiran suata usaha itu mencapai kegagalan.sesungguhnya,sifat putus asa itu tidak mendatangkan apa2 kebaikan walaupun sedikit.tetapi,mengambil jalan untuk memulakannya semula itulah yang akan merealisasikan usaha tersebut kelak.

begini digambarkan orang yang bersikap putus asa.dia meletakkan keinginan tertinggi dan teratas.namun apabila perancangan nya sebagai manusia biasa,tidak dapat dicapai ,rasa sedih menyelubungi diri.

biar susah namun diredhai

dalam menempuh jalan hidup di dunia ini,kesusahan dan kepayahan perlu dihadapi.biarpun dugaan itu datang bertimpa2,biarlah ujian itu turun dalam keaadaan yang tidak disangka,kerana itulah tanda ALLAH sayangkan hambaNya.

firman ALLAH:

''ALLAH tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya''.(AL-BAQARAH 2:286)


percaya dan yakin bahawa pasti ada kesenangan bagi setiap kesukaran sebagaimana ALLAH mengulangi sebanyak 2 kali dalam surah AL-INSHIRAH:

''Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan''. (AL-INSHIRAH,ayat 5 dan 6)

berdoa tidak pernah berhenti

berdoalah setiap ketika dan dalam apa jua keadaan sekali pun.cara ALLAH memakbulkan doa hamba-hamba Nya sangat indah dan cukup cantik.setiap yang ALLAH kurniakan itu ada hiasanya walaupun tanpa dipinta kerana sesungguhnya hiasan itu lah yang menjadikan permintaan kita lebih indah dan bermakna.begitu juga dengan dugaan yang ALLAH turunkan,ada hiasan tersembunyi yang jarang sekali orang lain sedari,iaitu untuh menambah keimanan seseorang kepada NYA.



doa agar diberikan kesabaran menghadapi kerenah manusia

maksudnya:

''WAHAI TUHAN KAMI,LIMPAHKAN SABAR KEPADA KAMI DAN TEGUHKAN TAPAK PENDIRIAN KAMI SERTA MENANGKAN KAMI TERHADAP KAUM YANG KAFIR''
 (al-baqarah 2:250)


sumber:majalah solusi isu 42.bicara kampus.


#pesanan untuk diri sendiri juga.

Saturday, 17 March 2012

LOL

tengahari tadi tepon mak

aku :assalamualaikum mak,wat ape tu?

mak:wslm..tak wat ape-ape pon..then bla..bla.bla

mak pon bercerita itu dan ini.pasal adik-adik aku.aku pon cakap pasal perniagaan tudung tu.then,

mak :hah,ari tu ada la 4 biji kete datang umah,siap ada bunga kat kete.cam kete pengantin.rupa-rupanya anak beranak nenek dari besut datang.penuh laman rumah kita ngan kereta.anak beranak nenek tu pulak dari johor,pasir akar.diorang pergi rumah kenduri kawen kat telok kitang(berdekatan dengan kampung aku).lepas tu singgah umah kita.

aku : ooo.....

mak:2,3 ari lepas mak jumpa kawan kamu. kawan kamu tnya mak 'ada orang datang meminang kamu ke?'mak cakap takde laa...

aku :LOL !

terus diam dan tukar topik lain cakap ngan mak.bikin aku malu ngan mak je !

Monday, 27 February 2012

nota

salam dan hi

sejujurnya,aku benar-benar tidak menyukai lelaki yang sangat sosial.menjadikan perempuan sebagai kawan rapatnya sedangkan ramai lagi lelaki yang boleh dijadikan kawan.lelaki yang begitu merelakan perempuan menyentuhnya tanpa sebab yang kuat.dan juga lelaki yang senang-senang mengajak perempuan berdua-duaan sekadar melepak dan berbual kosong.

nota hati:
jika benar lelaki mahu menyenaraikan ciri-ciri perempuan yang baik untuk melayari hidup berurumah tangga serta menjadi ibu kepada anak-anaknya,kenapa lelaki sendiri yang  tidak mengikuti ciri-ciri senarai yang diingini nya dari seorang perempuan?


akhlak pasangan tersebut sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri.

Tuesday, 17 January 2012

hanya picisan

hidup mengajar erti qana'ah.
bak kata yuna
''tak semua yang kau rancang berlaku.mungkin nasib tak menyebelahi aku''.

usaha sudah,hasil pun sudah.
''redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah''
thanks lisa kerana sudi pinjam kan kata-kata ini kat aku (:

Friday, 23 December 2011

HERO hatiku



saya tak panggil beliau DADDY,saya panggil beliau AYAH



i'm always be ur little girl although i'm growing old



beliau:MR AHMAD B DIN,beliau 'BOH' saya
ayah,
kalau boleh aku nak cari lelaki sebaik ayah,
sabar,memahami,tak pernah nak paksa
ayah
kalau ayah kol soalan wajib tanya
"da solat belum?''
''tengah wat pe tu?''
''da makan?''
soalan pertama adalah soalan lazim,
macam soalan past year final exam,
ayah taknak anak perempuan dia lambat2 kan solat
HEHE
kadang-kadang ada jugak yang lambat ayah~
minta ampun !

ayah,
kalau aku dapat number 2 lam klas pon ayah
wat muka bersahaja,
aku dapat ok PMR pon
muka ayah slumber je
tapi aku tahu,
ayah suka,
ayah bangga,
tapi ayah tak pernah tunjuk

ayah,
anak ini mungkin tak sebaik seperti yang ayah mahu kan
tapi anak ini menjanjikan yang terbaik buat ayah
anak yang boleh membalas jasamu dan ibu di dunia dan diakhirat


note:semoga aku menjumpai lelaki seperti AYAH
       sayang ayah ketat-ketat

Tuesday, 6 December 2011

can we?

salam and hi there

can we predict the future?

________________

last sunday nite,the news gave us REALLY big shock.
it's all about our future.
it's all about 3BEE.
having some struggle towards our future.
can we make it?

A BIG QUESTIONS MARK

reluctant.but we have to.
no tolerate.really does not make any sense.
after 2013.it will be not diiktiraf !

membazir bukan?
it's easy to say.hard to trough it.
only have another 3 semester.
within the time,anything can be happen.

PRAY.
only that weapon we have.
semoga rezeki berpihak kepada kami.
have a blast 3 BEE !




Friday, 2 December 2011

selamat bertunang

perasaan berbaur.gembira.cemburu.bahagia.orang yang berada dalam gambar itu sungguh cantik.cantik dengan busana berwarna merah jambu lembut.berbeza dengan 9 tahun lepas.dulu,kamu,aku dan mereka berdua amat lah comot.main kejar-kejar kat bangunan sekolah.kita pun pernah join hoki sepasukan bersama.ayah kamu,jurulatih kita.kamu masih ingat lagi ke memori tu?tapi,ayah kamu bukanlah mengajar di sekolah kita masa tu.oh,aku terlalu kagum dengan ayah kamu.hebat !dengan badan ala-ala ARNOLD SUSAH NAK EJA,pandai main hoki betul-betul buat kan aku kagum.oh,kalau lah ayah kamu boleh jadi jurulatih kita masa tu.
takdir.aku jumpa ayah kamu lagi.rupa-rupanya dia mengajar di sekolah baru ku.di alam sekolah menengah.ayah kamu menjadi jurulatih hoki di sekolah baru aku tu.
siapa sangka,dunia terlalu kecik buat kita.ibu kamu mengajar kita semasa sekolah rendah,manakala ayah kamu mengajar aku di alam sekolah menengah.walaupun sudah lama kita tak jumpa sejak tinggal kan waktu comot-comot dulu tapi akhirnya kita bertemu lagi dialam maya.di MUKABUKU.
sahabat,
dalam kita berempat,rupa-rupanya kamu dulu yang bakal naik ke jinjang pelamin.alhamdullilah.jodoh pertemuan di tangan ALLAH.lambat atau cepat hanya DIA yang tahu.
ucapku,semoga kamu berbahagia hingga ke akhir hayat.

i wish you GROW OLD with you hubby-wanna be

SELAMAT BERTUNANG sahabat (:


mak cik seluar munga-munga,selamat bertunang !
(minta maap,gambar takleh rotate)



Monday, 14 November 2011

..dan episod seterusnya

cinta vs cita-cita?


if it's come back to you,it's yours.if it doesn't ,it never yours !





mode : pelbagai.
           kadang-kadang macam sine wave.straight line pon ada.
           rasa lemak-lemak manis macam koktail buah pon ada.tapi banyak macam rasa buah mangga.
           tapi ramai yang telan walaupun masam.sebab 'rasa' itu sebahagian dari kita.
           itulah hakikat hidup.
FITRAH
          kita semua takkan dapat lari dari semua itu.
          

Sunday, 13 November 2011

minggu itu



salam semua.10 zulhijjah dah meninggal kan kita.ramai yang bercuti sebenarnya mase tu sebab mid sem break la katakan.okeh,macam-macam benda aku buat sepanjang tempoh tuh.

santai.asaimen.lepak-lepak ngan makcik a.k.a jiran sebelah rumah.main-main ngan kambeng.dan yang paling penting:QURBAN


mode: santai.asaimen
buku ni femes.sebab tu aku baca.tapi masalahnya talk abes-abes lagi -_-''
tenggelamnya kapal van der wijck oleh HAMKA

 
subjek yang taf.asaimen bertimbun-timbun.


mode: jalan-jalan cari pasal

 
hasil artwork !dulu bangunan ni buruk je

da red zone:new castle.time summer..haha

newcastle bus station a.k.a stesen bas kota bharu lorh !merah u !



note:aku suka orang seni.mereka melantun kan perasaan mereka mengikut kretiviti mereka !
                                                                  mode:memoir
tepi pantai.dulu suka cari syiling-syiling lama kat sini.syiling tu ada lubang kat tengah-tengah.macam donut.tapi syiling dulu segiempat bukan bulat.

oh'oooii enchek kambeng !

aku pernah berkubang disini.muahaha.

tempat yang sama.tangkap udang guna tangan.cari tiram,tijah*tijah-bukan nama orang tapi spesis tiram.aku dulu memang pakar bab-bab ni..tap skarang?ntah la labu.



mode:10 zulhijjah
sekor da dikorbankan


bismillahirrahmanirrahim

ini sekor lagi
binatang yang dikorbankan akan menjadi tunggangan di akhirat kelak.

okeh,bye !sayang kamu !

Thursday, 27 October 2011

ini betul-betul bukan cobaan !

salam and hi there !

sebenarnya da lama aku tak menulis kat sini.okeh,bukan menulis tapi menaip disini.kadang-kadang kalau ada je story yang best baru gatal tangan nak menaip.aku bukannya 24:7 online sebab aku bizi memanjang.oh ye,kadang-kadang bizi betul ,kadang-kadang sengaja membizikan diri dengan benda-benda yang tak patut !mak aihh    -______________-''


these past two weeks,my schedule tremendously full !mak aihh,mengalahkan menteri !from the previous 2 weeks,i've join a championship in UMP Pahang.5 days i've been there.it's really chillex(my own word !chill+rilex) game although most of participants are superb !and the games gave us a big blast especially for girl team.oh,ape-ape pon,its a long story to tell you,readears !i will update all those things in next entry k !

then,the next week,i sat for 4 tests sequently in a week.what a pathetic !and it was totally mess up my mind !


oh yes!oh no !NO!NO!

and it was really terrible results when i got them !OMD-OH MAK DATOK !


dan setelah itu,mak aihh!skema abes !minggu ni ENCIK ASAIMEN,MR TEST yang gojes,DATO' TUTORIAL yang handsome habis,merayu-rayu minta aku date ngan diorang.okeh,haruslahhhhh mengutamakan yang wajib.dan oleh itu,terpaksa lah aku mengurangkan aktiviti berfoya-foya dengan INTERNETman !


okeh,bila aku ada masa lapang nanti,haruslah aku merajinkan diri meng-update cerita yang hot dari orang yang hot cam aku yang memang hot dengan dosa-dosa yang lalu    -_______-'' mak aihhh !till then,tata !