Friday 2 December 2011

selamat bertunang

perasaan berbaur.gembira.cemburu.bahagia.orang yang berada dalam gambar itu sungguh cantik.cantik dengan busana berwarna merah jambu lembut.berbeza dengan 9 tahun lepas.dulu,kamu,aku dan mereka berdua amat lah comot.main kejar-kejar kat bangunan sekolah.kita pun pernah join hoki sepasukan bersama.ayah kamu,jurulatih kita.kamu masih ingat lagi ke memori tu?tapi,ayah kamu bukanlah mengajar di sekolah kita masa tu.oh,aku terlalu kagum dengan ayah kamu.hebat !dengan badan ala-ala ARNOLD SUSAH NAK EJA,pandai main hoki betul-betul buat kan aku kagum.oh,kalau lah ayah kamu boleh jadi jurulatih kita masa tu.
takdir.aku jumpa ayah kamu lagi.rupa-rupanya dia mengajar di sekolah baru ku.di alam sekolah menengah.ayah kamu menjadi jurulatih hoki di sekolah baru aku tu.
siapa sangka,dunia terlalu kecik buat kita.ibu kamu mengajar kita semasa sekolah rendah,manakala ayah kamu mengajar aku di alam sekolah menengah.walaupun sudah lama kita tak jumpa sejak tinggal kan waktu comot-comot dulu tapi akhirnya kita bertemu lagi dialam maya.di MUKABUKU.
sahabat,
dalam kita berempat,rupa-rupanya kamu dulu yang bakal naik ke jinjang pelamin.alhamdullilah.jodoh pertemuan di tangan ALLAH.lambat atau cepat hanya DIA yang tahu.
ucapku,semoga kamu berbahagia hingga ke akhir hayat.

i wish you GROW OLD with you hubby-wanna be

SELAMAT BERTUNANG sahabat (:


mak cik seluar munga-munga,selamat bertunang !
(minta maap,gambar takleh rotate)



No comments:

Post a Comment